............

LOKASI

Melaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Bandar Jasin merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Melaka dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jasin. Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama. Pusat bandar lama terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya. Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.